Pada 30 januari yang lalu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melakukan kerja-kerja penganiayaan terhadap parti Alternatif – PAS dan PKR.
MBI telak mencabut papan-papan tanda PAS dan PKR yang dipasang dipersimpangan masuk ke Kampung Sungai Rokam dari arah Jalan Gopeng.
Terdapat disitu papan tanda Umno , tetapi tidak diapa-apakan oleh petugas MBI.
Saudara Pakrol , Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Rokam menyatkan kesalnya diatas tindakan MBI tersebut.
“Kami mendapat maklumat bahawa Umno ditempat kami telah menggunakann kuasa politik mereka mengarahkan penguatkuasa MBI melakukan kerja-kerja bodoh macam itu!,” kata Saudara Pakrrol.
“Sebenarnya seorang Ketua Umno tertentu terasa tercabar apabila satu papan tanda PAS yang agak besar dipasang oleh petugas PAS berhampiran dengannya rumahnya,” jelas Saudara Pakrol.
Difahamkan, penguasa MBI membenarkan papan-papan tanda tersebut diambil semula dan menasihatkan petugas PAS yang datang untuk mengambilnya supaya tidak memasang semula papan-papan tanda tersebut ditempat yang sama .
“Pihak kami (MBI) menerima ‘tekanan’ daripada pihak tertentu,” kata seorang Penguatkuasa yang enggan bercerita lanjut tentang perkara itu.
“Kami akan pasang semula ditempat yang sama,” tegas Saudara Khairul , Exco Pemuda Cawangan .
Papan-papan tanda PAS dan PKR didapati telah rosak teruk dan perlu di perbaiki sebelum dipasang semula sedikit masa lagi.“Kalau Umno boleh, kenapa kami tidak?” Beliau merujuk kepada beberpa papan-papan tanda yang terdapat disekitar kawasan situ.
Umno terlalau gentar untuk menghadapi pilihan raya yang ke-12 kali ini hingga papan tanda PAS dan PKR pun begitu digeruni oleh mereka.Mereka runsing dan semakin hilang pertimbangan untuk berhadapan dengan PAS dan PKR.
Saturday, February 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment