Monday, February 11, 2008

Ali Rustam : Abdullah tak ada 'telor'

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas berhasrat untuk terus kekal bertanding di Parlimen Taiping pada pilihan raya umum kali ini, sekali gus mempertahankan kerusi parlimen itu yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum 2004.

Beliau berkata, kini terserah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentukan kedudukannya sama ada kekal di Parlimen Taiping atau berpindah ke kawasan lain.

Katanya, berdasarkan kepada keadaan semasa, beliau amat selesa di Taiping dan yakin BN mampu mempertahankan kerusi itu.

“Saya harap akan kekal bertanding di Parlimen Taiping dan sudah selesa dengan rakyat di Taiping. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli juga bersetuju saya kekal di Parlimen Taiping.

Teringat kata-kata Ali Rustam :

“The Perak Menteri Besar is kaki bodek …..

“If the Prime Minister gives PPP a seat then he has no balls.” Kalau Perdana Menteri beri PPP satu kerusi, maka dia tak ada telor” (pengecut).

PM Abdullah kenalah tengok- tengok sikit perangai MB Melaka tu; manalah tahu dia terasuk sawan Babi yang terkenal bayak di Melaka; selain itu tengok-tegoklah benda antik dalam kain tu…mungkin betul juga kata MB Melaka tu!

Tapi yang nyata 'tak ada telor' ialah M.Kayveas yang hingga kini belum ada kepastian dari PM Abdullah. Mungkin Abdullah mahu buktikan dia masih ada telornya!

No comments: