Oleh Al-Husseyn
Perdana Menteri berkata Abdul Rashid telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mengadakan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik, sejak sekian lama.
“SPR telah memenuhi tuntutan pihak pembangkang dengan memperkenalkan dakwat pencelup jari dan kotak undi lut sinar untuk memastikan pilihan raya yang akan datang lebih bersih” kata Abdullah
Abdullah mempertahankan Abdul Rasid dan menganggap tindakan anggota Bersih mengoyak gambar Abdul Rashid itu sebagai ‘biadap’
Anggota BERSIH telah mengoyak gambar Abdul Rashid sebagai tanda protes dan mendakwa usaha SPR memperkenalkan dakwat pencelup jari untuk pengundi semata-mata perubahan kosmetik.
Seorang sahabat saya , seorang pengamal undang-undang telah bertanya kepada saya :
“Adakah cara mencelup cari dengan dakwat itu telah digazetkan oleh SPR?”
“Saya tidak pasti tentang itu. Tapi rasanya belum ada berita tentang hal tersebut telah dsigazet,” jawab saya.
“Kalau tidak digazetkan, itu bermakna . anda boleh memilih untuk tidak mencelup jari anda – tidak ada undang-undang yang boleh memaksa anda untuk mencelup jari anda dalam pilihan raya akan dating nanti,” jelas wsahabat itu.
Ini bermakna suatu pembaziran kerana SPR telah membeli dakwat pencelup jari bagi tujuan digunakan dalam pilihanraya akan dating ini dengan nilai RM juta.
Berkenaan dengan kotak undi lut sinar pula, sahabat itu menjelaskan, bahawa , bukan kotak itu yang perlu telus pandang, tetapi ‘sistem pilihanraya itulah yang mesti telus bagi memastikan pilihan raya yang akan datang lebih bersih.
Kotak lutsinar dan dakwat celup jari merupakan perubahan ‘kosmetik’ yang melibatkan belanja pembaziran RM 16 juta bagi kotak undi telus pandang dan RM1 Juta bagi dakwat celup jari.Lihat artikel disini
Memang patut gambar Abdul Rashid dikoyak kerana dia telah mengoyak rabakan wang rakyat dalam pembelian dakwat celup jari dan kotak undi lutsinar.
Dalam hal tersebut, siapakah yang lebih biadap? Mereka yang mengoyak gambar atau yang mengoyak rabak wang rakyat?
Artikel berkaitan : Memorandum BERSIH kepada Agong
Sunday, February 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment