Terjemahan oleh Al-Husseyn
Malaysia Today , melalui rencana editornya Raja Petra menggesa Warga Malaysia supaya meminta para calun dan parti politik yang mereka wakili menerima DEKLARASI RAKYAT sebagai ikrar dan janji kepada para pengundi.Lebih baik lagi jika mereka bersetuju menjadikannya sebagai tulang belakang atau tunjang Manifesto Pilihanraya, yang teguh dan mesti dilaksanakan dalam masa 12 bulan kerajaan baru mengambil tugas.Pilihanraya seterusnya tidak lama lagi.Besok, Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Yang DiPertuan Agong.Ini hanya memberi bermakna hanya satu perkara sahaja; Abdullah akan memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Parlimen dijangka dibubarkan pada 12 Februari 2008 diikuti dengan penamaan calun pada 21 Februari dan Hari Mengundi pada Sabtu,1 Mac 2008. Pada 1 Mac 2008, 10.6 juta Warga Malaysia akan berpeluang mengundi kerajaan pilihan mereka , walaupun dijangka tiga juta warga Malaysia akan hanya tinggal dirumah dan tidak kisah untuk keluar mengundi , sedangkah empat juta lagi masih belum mendaftar untuk mengundi.
Mengikut maklumat agensi risikan , pilihanraya ke-12 ini akan merupakan pilihanraya pertama dalam sejarah Malaysia dimana para pengundi akan mengundi berdasarkan kepada ‘calun’ daripada ‘parti’.Calun yang tepat bukan sahaja perlu dalam mempastikan kemenangan, tetapi tempat dimana calun tersebut bertanding juga penting.Sejauh mana seorang calun itu layak, tetapi bertanding dikawasan yang salah , ianya suatu kemusnahan.
Siapakah calun dan dikawasan mana mereka bertanding terpulang kepada 22 lebih kurang parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kali ini. Dan siapa yang menang terpulang kepada para pengundi. Tetapi apa yang Malaysia Today suka lakukan ialah membentangkan DEKLARASI RAKYAT atau PEOPLES' DECLARATION kepada 22 parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang ini.
DAP berkata , rakyat adalah boss.Tun Dr Mahathir Mohamad kata, undilah calun yang patut dipuji, yang tidak tercemar dan jangan mengundi parti politik sekiranya mereka meletakan tunggul kayu sebagai calun.Barisan Nasional kata, undilah parti pemerintah yang telah memerintah negara sejak 50 tahun Merdeka dan telah nyat terbukti. Parti Pembangkang kata,nafikan parti pemerintah dua pertiga majoriti supaya terdapat ‘checks and balances’ dalam kerajaan.
Siapa sahaja yang diundi dan atas sebab apa pun, biarlah rakyat yang menentukan bagaimana negara ini akan di tadbir—siapa sahaja yang akan mentadbir negara ini.
Dengan semangat rakyat adalah‘the boss,’Malaysia Today, bersama dengan rakan-rakan dari beberapa persatuan awam,telah mengeluarkan DEKLARASI RAKYAT atauPEOPLES'DECLARATION dalam empat bahasa.AGENDA PERUBAHAN(1999)or AGENDA FOR CHANGEtelah digunakan sebagai dasar DEKLARASI/DECLARATION ini.Kami mahukan anda, sebagai rakyat, menyerahkan DEKLARASI/DECLARATION ini kepada siapa sahaja yang mungkin bertanding dikawasan anda, samada parti pemerintah atau parti pembangkang, dan beritahu calun-calun ini bahawa begiinilah cara bagaimana kami berhajat negara kami ditadbir apabila kerajaan baru ditubuhkan, kerajaan mana sekali pun yang akan memerintah.
Minta para calun dan parti politik yang mereka wakili menerimanya sebagai ikrar dan janji kepada para pengundi.Lebih baik lagi jika mereka bersetuju menjadikannya sebagai tulang belakang atau tunjang Manifesto Pilihanraya, yang teguh dan mesti dilaksanakan dalam masa 12 bulan kerajaan baru mengambil tugas.
DEKLARASI RAKYAT atau PEOPLES' DECLARATION adalah seperti dibawah. Versi PDF dalam EMPAT bahasa . Dapatkan dan edarkan dan nyatakan kepada para calun dan parti yang mereka wakili, mereka akan memperoleh undi kita jika bersetuju dan mernerima pakai DEKLARASI/DECLARATION ini.
1. Kita,rakyat Malaysia dari semua kaum dan pelbagai agama,tegas dalam pendirian untuk melihat perubahan dan berazam untuk mewujudkan suatu sistem urus tadbir, bertunjangkan nilai-nilai asasi, rohaniah dan etika yang menjadi intipati semua agama besar, yang:
tugasnya dengan saksama dan adil, menurut lunas undang-undang;
golongan yang memegang tampuk kuasa;
unsurnya yang pokok;
2. Kita, rakyat Malaysia dari semua kaum dan dari pelbagai agama, berikrar untuk menjunjung pada setiap masa prinsip-prinsip utama Perlembagaan Malaysia, yakni:
untuk menggunakan dan mempelajari bahasa-bahasa lain;
3. Kita, rakyat Malaysia dari semua kaum dan dari pelbagai agaman, berikrar untuk sama-sama :
1. Kita akan memulakan langkah untuk melahirkan sistem kerajaan yang demokrasi, telus,bertanggungjawab dan beretika yang akan menyediakan persekitaran untuk pemulihan ekonomi yang kukuh dan boleh bertahan, demi keharmonian dan kemakmuran sosial,dan keadilan dan kesamarataan untuk semua. Ke arah matlamat ini, kita akan
mengambil langkah untuk:
No comments:
Post a Comment