Thursday, February 21, 2008

PAS Kawasan Gopeng siap sedia hadapi lawan

MTD PAS Kawasan Gopeng bersidang malam tadi dan turut mengesahkan calun PAS bagi Dun N43 Sungai Rapat ialah Saudara Ir Radzi bin Zainon. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng.Saya akan update tentang latar belakang calun muda ini sedikit masa nanti selepas penyampaian watikah oleh PJ PAS Perak, Ust. Ahmad Awang pagi ini di Pejabat Penerangan PAS Ipoh.

PAS Kawasan Gopeng mengarahkan ahli-ahlinya supaya berdisiplin disetiap waktu berkempen terutamanya pada waktu mengiringi calun pada hari penamaan calun kelak di Dewan Orang Ramai Gopeng pada 24 Februari ini.

YDP Hj Abd Rahim menasihatkan ahli-ahlinya supaya tidak memprovok pihak lawan dan bersabar kalau diprovok.Beliau menggesa mana-mana 'sepanduk bertulis' yang akan digunakan agar mendapat persetujuan MTD terlebih dahulu.

PAS Kawasan Gopeng begitu bersemangat diatas perkembangan pihak lawan yang mula bercelaru apabila wakil yang terdahulu, Hamidah Osman, berkeras untuk mempertahankan tempatnya yang kini akan digantikan oleh seorang kuat menantu Abdullah Badawi.

Pergeseran dalaman tersebut merupakan satu kelebihan bagi calun PAS yang mendapat sokongan bulat para ahli.

No comments: