Friday, August 29, 2008

Surcaj 30 peratus mengecewakan

Utusan Malaysia melaporkan :
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY dan SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Cadangan kerajaan untuk mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tambang bas ekspres dan bas henti-henti pada musim perayaan ini akan membebankan rakyat.

Beberapa persatuan pengguna berpendapat cadangan tersebut tidak wajar kerana perkhidmatan itu kebanyakannya digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah turut mempersoalkan tindakan kerajaan mengenakan surcaj dalam tempoh tersebut.

“Apakah justifikasi dikenakan surcaj untuk tempoh singkat itu? Kenapa kerajaan tidak beri saja subsidi diesel 100 peratus kepada semua operator bas?’’ soal beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa bas awam tidak dikecualikan daripada membayar tol dan sewa terminal bagi menangani kos peningkatan operasi tersebut.

Muhamad Sha'ani mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas berhenti-henti bermula 15 September hingga 15 Oktober ini.

Kata Noh, tindakan itu diambil sebagai langkah mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung oleh pengusaha.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu sememangnya amat memeranjatkan.

“Ini amat tidak diduga terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, kerana golongan ini banyak menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung.

“Musim perayaan adalah masa untuk orang merapatkan hubungan kekeluargaan tapi kalau tiket bas sudah naik, apa pilihan yang mereka ada,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George pula berkata, kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian ‘menang-menang’ buat pengusaha bas dan juga rakyat, bukannya membantu satu pihak dengan memindahkan bebanan kepada orang lain.

Tambahnya, pada masa ini, kerajaan perlu menunjukkan keprihatinan dan tidak membebankan rakyat dengan sebarang kenaikan harga barangan atau perkhidmatan kerana ia boleh membangkitkan rasa marah.

Lebih-lebih lagi, katanya, pada musim perayaan semua barang keperluan akan meningkat dan surcaj itu hanya bakal menambah kesusahan ramai orang.

Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM), M. Subramanian berkata, tiada jaminan surcaj yang dikenakan pada musim perayaan ini akan diturunkan pada masa depan.

Tegasnya, adalah sesuatu yang tidak munasabah mengenakan surcaj ke atas tiket bas ekspres dan bas henti-henti sedangkan harga minyak sudah turun.

Menurutnya, musim perayaan adalah ‘lubuk emas’ buat pengusaha bas kerana pada masa itu semua orang akan berpusu-pusu membeli tiket bas dan mereka tidak akan rugi.

Pembangkang Mahu Rang Undang-undang DNA Dirujuk Kepada Jawatankuasa Pilihan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pembentangan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 terus dipertikaikan Anggota Parlimen daripada parti-parti pembangkang di Dewan Rakyat hari Rabu.

Kali ini, Dr Tang Seng Giaw (DAP-Kepong) mencadangkan supaya rang undang-undang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi membolehkan isi kandungannya diteliti semula sebelum dikemuka kepada Dewan Rakyat.

Dr Tan berkata ia perlu dirujuk memandangkan terdapat beberapa kelemahan dan perkara yang tidak diperhalusi di dalam rang undang-undang itu.

"Jadi saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas bagi membolehkan implikasi daripada rang undang-undang ini dikaji dengan lebih teliti.

"Saya rasa anggota parlimen Kota Tinggi (Datuk Seri Syed Hamid Albar) belum betul-betul mendalami implikasi dan kesan pewujudan rang undang-undang ini," katanya.

Dr Tan turut bersetuju dengan dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa rang undang-undang itu sengaja dibentang secara tergesa-gesa atas faktor tertentu termasuk tidak mahu anggota parlimen Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) datang membahaskannya.

Cadangan wakil Kepong itu disokong Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), yang berpendapat rang undang-undang itu sewajarnya ditarik semula kerana masih banyak perkara yang tidak lengkap, termasuk belum dirujuk kepada badan-badan hak asasi manusia.

Beliau berkata antara yang belum diperinci ialah aspek berhubung kebebasan individu, badan yang akan dipertanggungjawab untuk mengumpul, memperoleh dan menyimpan data-data forensik yang diperoleh, tafsiran berhubung pakar-pakar forensik dan kelayakan mereka serta kuasa menteri untuk menentukan pihak yang boleh mengambil dan menjalankan kajian forensik yang disifatkan terlalu besar.

M. Manogaran (DAP-Telok Intan) juga mahu rang undang-undang itu ditarik semula dan menawarkan khidmat untuk membantu kerajaan meneliti semula rang undang-undang berkenaan bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.

"Saya tidak percaya menteri sudah memberi perhatian yang cukup dan sewajarnya (terhadap rang undang-undang) sebab banyak defects (kecacatan) di sini. Saya percaya rakan-rakan di sebelah sini, Pakatan Rakyat sedia bantu kerajaan untuk teliti dan beri sumbangan dan nasihat bagi rang undang-undang ini supaya ia boleh diterima dan digunakan di masa hadapan," katanya.

Setelah banyak kali cadangan itu dikemukakan anggota dewan, mendorong R.Sivarasa (PKR-Subang) untuk mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) supaya rang undang-undang itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

"Saya rasa adalah lebih sesuai rang undang-undang ini dirujuk kepada jawatankuasa untuk dibaiki kelemahannya dan dirujuk balik ke dewan ini pada masa yang sesuai," katanya yang meminta Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan berhubung perkara itu.

Usul itu menyebabkan berlakunya pertikaman lidah antara Sivarasa dan Menteri Dalam Negeri Datuk Syed Hamid Albar yang berpendapat bahawa berdasarkan Peraturan Mesyuarat 54(1) dan 54(2) sebarang usul untuk merujuk rang undang-undang kepada jawatankuasa khas perlu dibuat sebelum bacaan kedua rang undang-undang itu.

"Sekarang kita sudah masuk perbahasan... sepatutnya usul itu dikemuka sebelum rang undang-undang ini dibacakan untuk kali kedua, pada tafsiran saya sekarang sudah terlambat untuk rujuk rang undang-undang ini ke jawatankuasa khas," katanya.

Bagi meredakan pertikaian itu, Pandikar Amin berkata beliau tidak akan membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu kerana tidak pasti sama ada usul dan Peraturan Mesyuarat yang dikemukakan itu boleh digunapakai untuk merujuk rang undang-undang berkenaan kepada jawatankuasa khas.

"Yang Berhormat mempunyai tafsiran sendiri (mengenai Peraturan Mesyuarat). Yang berhormat tidak boleh mensabitkan saya mengenai sesuatu yang merupakan pendapat Yang Berhormat. Saya mahu benar-benar yakin pendapat mana yang betul.

"Sebab itu saya kata pendapat Subang (Sivarasa) itu saya terima, tetapi pada peringkat ini saya tidak akan buat sebarang keputusan. Kita masih ada esok, jadi tidak salah jika kita benarkan empat lima orang lagi berbahas," katanya.

Beliau juga berkata jika ramai yang masih tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu, bantahan juga boleh dibuat melalui undi belah bahagi sebelum rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Persidangan dewan disambung Khamis.

-- BERNAMA

Thursday, June 5, 2008

Hudud taruhan rundingan PAS-DAP - Malaysiakini

PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

"Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta," katanya.

"Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya."

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.

Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).

Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.

Dalam ucapannya 'Enam kejayaan PAS Perak' di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap "parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS" menjelang pilihanraya umum.

"Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan," katanya.

Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.

"Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS," tambahnya.

Wednesday, May 21, 2008

Gotong Royong Menaik Taraf Markaz PAS Sg Rokam / Pekan Razaki

Kerja-kerja pemasangan awning telah dilakukan hujung minggu lepas.Juga mengecat besi khemah juga dilakukan.Terima kasih kepada para penderma yang telah membekalkan bahan-bahan binaan terutamanya kepada Bapa mertua kami semua yang berada di Jalan Sultan Azlan Shah tu...









Monday, May 5, 2008

Gotong Royong Di Markas

Hujung minggu , pagi kelmarin, kami mengadakan kerja gotong royong mengemaskan markas kami.Ada kawan-kawan yang sponsor sarapan pagi dan makan tengahari hingga ke malam!terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah turut menjayakan kerja gotong royong tersebut! Minggu depan ada lagi kerja tu! Berikut adalah aktiviti yang telah kami lakukan.









Sunday, May 4, 2008

Gadis 17 tahun mengembara dari Terengganu ke KL jual tubuh

oleh HermanSamsudeen

Sebaik sahaja melihat muka depan akhbar Harian Metro pagi semalam, teringat kisah Sufiah dan lain-lain gadis melayu yang kini merelakan diri mereka untuk menjadi HAMBA SEKS. Demi mendapatkan wang dan keseronokkan mereka sanggup jual tubuh.
Gadis 17 tahun dari Terengganu ini mengembara setiap minggu ke KL untuk menjual diri. Dalam satu malam sahaja pendapatan beliau boleh mencecah RM 12000 melebihi dari pndapatan Sufiah di UK.

Selain dari pekerjaaan itu, persamaan mereka adalah kerana mereka ini tergolong dalam kategori orang yang BIJAK dalam pelajaran, cuma mungkin kerana inginkan keseronokan dan kemewahan mereka lupa tentang hukum dan dosa pahala.

Harap sahabat-sahabat dalam Ikatan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) boleh membantu gadis ini. Bantulah ia kembali ke pangkal jalan.

Tahun lalu, teman-teman PERANTAU bangkit memberikan reaksi yang hebat bila pemudawilayah keluarkan kenyataan ‘Terengganu Darul Pondan’, harap kali ini mereka juga dapat berikan respon. Moga respon itu lebih kepada tindakan dan harap dapatlah membantu gadis ini dan keluarganya.

Masalah sosial dan maksiat di Kuala Lumpur memang banyak, tapi inilah realitinya. Jumlah yang banyak itu bukannya berpunca dari penduduk KL sahaja. Ramai juga rakyat dari negeri lain yang singgah disini untuk berpesta, termasuklah warganegara asing.
Satu cara untuk membantu kami di KL ini adalah dengan membantu anak-anak remaja di negeri sahabat-sahabat semua. Bila dewasa mereka seronok datang KL, tapi disini ramai yang tersesat dan lupa diri. Jika ditambah lagi dengan teknologi canggih di alam siber dan juga telefon mudah alih maka mudah mereka merosakkan diri sendiri jika tidak dipantau.

Dalam menangani masalah sosial ini, kita tak perlu tuding jari sahaja..marilah bersama kita membantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan Harian Metro 2 Mei 2008:

Kembara jual tubuh
Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.
Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya cedera, Mac lalu.

Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itu sekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alik ke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.

Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya. Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.

Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.

Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.

Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.

Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.

Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.

Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.

Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali gus membongkar kegiatan sumbangnya.
Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.

Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.

Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.

Herman - Bijak, tapi sayang jadi begini…teman-teman perantau perlu bantu anak ini

Monday, April 21, 2008

Persiapan menjelang Mesyuarat Agong kita...

PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan mesyuarat Agung Tahunannya bagi kali ke-20 di sini. Sebelum majlis tersebut berlangsung persiapan adalah perlu …dan berikut adalah antara persiapan majlis yang dilakukan oleh petugas-petugas terlibat.Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Tn Hj Imran kerana menaja makan minum petugas malam tersebut.Kami minum 'milo' sebelum memulakan tugas malam itu! Sebelum ini kami hanya minum teh-O sajer...:

malam-malam buta baru nak pasang khemah..khemah pelarian ke apa nih?

Pakar Taleban sedang mengamati 'Timer' bomb supaya menepati ketentuan masanya...


Naikan bulan purnama in dulu..


Pasang betul-betul..

Oh bulan!..akulah bintangnya!

Orang semua buat kerja...dia pula ambil peranan PM Dollah pula...ZZzzz!


Keesokan paginya...semua orang menikmati perlindungan dari usaha kami...huh!

Ah! Cuepacs!

Cuepacs dan Abdullah telah bertemu membincangkan hal tuntutan honorarium kakitangan awam kerajaan dan 5 tuntutan lain. Ah! Menggunung harapan seluruh kaki tangan awam – dapatlah kiranya wang honorium yang dituntut tersebut!

Kemudian , Cuepecs pun membuat pengumuman – batalkan pemboikotan Hari Pekerja 1MEI ini dan setuju melupakan tuntutan honorarium RM2,00 bagi para pekerja kerana kata Cuepacs : Perdana Menteri Abdullah Badawi bersetuju menunaikan 5 lagi tuntutan lain

Lima tuntutan itu ialah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 56 kepada 60 tahun, pengubahan kaedah peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.

Kenyataan Cuepas telah dinafikan oleh PM Abdullah. Beliau kata Cuepacs telah membuat pengumuman yang tidak tepat dan mengelirukan…..

Kita tidak pasti samada PM Abdullah telah berdolak dalih dalam perkara tersebut hingga memperlihatkan tidak cerdiknya dipihak Cuepacs dalam menangani isu tuntutan mereka.

Cuepacs dilihat bertindak terlalu awal ataupun gopoh sedangkan Perdana Menteri hanya akan mengumumkan keputusan kerajaan pada 29 Mei. (Kenapa begitu lama?)Sepatutnya diadakan sidang media bersama bagi menyatakan keputusan perjumpaan tersebut dan bukan memandai-mandai seorang.

Cuepacs perlu lebih berhati-hati pada masa-masa akan datang. Jadi ke tidak memboikot Hari Pekerja 1 mei ini?

Laporan berkaitan di sini

Updated terbaru : Cuepacs optimis kerajaan luluskan

Tuesday, April 8, 2008

UMNO dan MCA : Kempen Selamatkan Parti

Sekumpulan ahli veteran dan pemimpin di peringkat akar umbi parti Umno sedang merancang untuk mengadakan himpunan bergerak dari negeri ke negeri bagi menuntut perletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi;kata seorang ketua Umno bahagian hari ini
di sini

Dalamm perkembangan lain, satu kempen telah mula dilancarkan oleh beberapa ahli dan pimpinan MCA yang tidak gembira dengan kepimpinan parti sekarang telah mula dilancarkan di Ipoh malam tadi, dengan beberapa ucapan yang menyalahkan presiden parti Ong Ka Ting diatas prestasi buruk dalam PRU ke-12 uyang baru lalu.

“Presiden Ka Ting telah menerajui parti selama lima tahun dan telah menyaksikan dua Pilihan Raya Umum.”

“ Berdasarkan keputusan yang ada, beliau adalah yang terbaik untuk dikenangi sebagai Presiden MCA yang paling teruk!” kata timbalan ketua MCA bahagian Ipoh Timur, bekas Wakil Parlimen Lumut Dr Yap Yit Thong ketika perjumpaan makan malam disebuah hotel tempatan di Ipoh di sini

Friday, April 4, 2008

Perhimpunan Rakyat Di Ipoh

Satu himpunan rakyat bersama 5 Menteri Besar dari Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium Perak pada 14 April ini.Masuk adalah percuma! dan Tambang sendiri-sendiri.

Nasi bungkus tidak ada disediakan, bawalah bekal sendiri dari rumah. Paling penting sekali, sediakan wang untuk menderma nanti tau! Heh! heh! heh! Biasalah ....

Mengembalikan kekuasaan Melayu melalui UMNO - Tengku Razaleigh

Mereka masih percaya bahawa hanya Umnolah yang mampu memperjuangkan Melayu ? Berikut ini adalah transkrip penuh teks ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi.

KITA bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri.

Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.

Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.
2. Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang.

Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.
Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi.Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

3. Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya.

Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang.

UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

4. Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen.Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja. Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen.

5. Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP.

PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat. Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

6. Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak Merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum.

Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%.

Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

7. Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri.

Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini.

Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (‘judgement’) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu.

Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

8. Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara.Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

9. Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya. Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO Ini?

10. Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN.

Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.

Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO.

Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet.

12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.

Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.

Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu.

Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.( moderator mencelah : Ta -- Tipu , Temberang)

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya. (Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)

15. Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946.

Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas.

Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

16. Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO.

17. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO.

Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain.

Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas.

Sebelum kuota itu diperkenalkan UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

18. Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.

Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.

Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.

Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik.

Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.

Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

19. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.

Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

20. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO.

Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

21. Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.

Kalau PM yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan bahasa Melayu dan agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.

Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.

22. Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.

Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

23. Imej UMNO selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis: Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu.

Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British.

Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa. Imej kedua ialah imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu: mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.

Imej UMNO yang ketiga ialah imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

24. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO.

Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam.

Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

25. Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan

26. Kita perhatikan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit.

Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan.

Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

27. Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama.

Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng.

Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

28. Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut:

  • (a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih;

  • (b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

    29. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.

    Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka.

    Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.

    Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

    30. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya.

    Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

    31. Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan.

    Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti.

    32. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.

    Copy dan tampal dari : AGENDADAILY
  • Wednesday, April 2, 2008

    Padah Mencadangkan Anwar Ibrahim ke dalam Umno.


    Sikap Umno yang tidak demokratik dapat disaksikan melalui klip video ini.Mereka tidak tahu menghormati pendapat orang lain dan bersikap agresif walaupun sesama kalangan mereka sendiri.Inikah yang dikatakan kematangan? atau kebinatangan?
    Belumpun sempat pemuda yang memakai baju berwarna gelap itu menghabiskan soalannya kepada tiga ahli panel pada forum itu beliau telah diterpa dan diseret keluar dari dewan sebuah hotel di mana majlis itu berlangsung oleh beberapa pemuda.Baca laporan di sini

    Thursday, March 27, 2008

    Wednesday, March 26, 2008

    Abdullah : Berkecamuk Lagi

    Mampukah mereka menyimpul senyuman segirang ini lagi?

    ‘‘Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan),’’ katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

    Tetapi mengikut laporan Kuda kepang di sini Abdullah sebenarnya sudah pun mengadap Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 6.30 petang, 25 Mac 2008.

    Dollah telah diminta memberikan butiran lengkap perbelanjaan RM1.2B setahun yang diterima oleh Idris Jusoh dari Kerajaan Pusat sejak menjadi MB Terengganu.

    Adakah kita akan menyaksikan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja sekiranya Dollah gagal mempersembahkan kepada Sultan butiran lengkap perbelanjaan tersebut?


    Lihat pendedahan seterusnya oleh Sheikh Azidi di sini .

    Friday, March 21, 2008

    Kaki Songlap dan Kaki Bohong Bersatu

    Nama Mat Tyson tidak tersenarai kerana namanya tidak lepas dari tapisan BPR .Tetapi Macamana PM Abdullah boleh melantik penyangak si Mat tyson jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah?

    Kaki rasuah dan kaki songlap harta negera dan rakyat dengan menggunakan kedudukkannya sebagai MB Selangor dulu .Pernah ditangkap di airport Brisbane kerana cuba menyeludup wang berjumlah lebih daripada 2.5 juta; tetapi didapati tidak bersalah oleh makhamah di Australia,kerana dia mengaku dia tak boleh baca dan faham bahasa orang putih.

    Paling buruk kelakuan si penyangak ini ialah tatkala melarikan puteri Sultan Selangor.Tergamak pula menipu Sultan Selangor tatkala dipanggil mengadap baginda!

    Kita semua kena tipu dengan PM Abdullah.Katanya dulu, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-12 katanya
    di sini

    Kemudian PM Abdullah melantik pula Tengku Adnan jadi Setiausaha Umno menggantikan Radzi Sheikh Ahmad.Tengku Adnan telah digugurkan dari bertanding mempertahankan kerusinya di Putera Jaya lantaran penglibatannya dalam kes sensasi Klip Video Linggam.Dah tak ada tokoh lain ke dalam Umno sekarang ini?Bekas Menteri Pelancungan (baca Pelecungan) ini pernah berkata :

    “Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka”

    Saya pernah menulis tentang Tengku Adnan Mansor seorang Penipu Nampaknya mereka berdua ini, yang dilantik oleh PM Abdullah ini saling tak tumpah saperti dia juga fe’elnya – Kaki Songlap dan Kaki Bohong.

    Thursday, March 20, 2008

    Kenyataan Bersama DSAI, YB Lim Kit Siang dan YB Ustaz Abdul Hadi Awang

    19 Mac 2008

    Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

    Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

    Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen

    Anwar Ibrahim
    Lim Kit Siang
    Ustaz Abdul Hadi Awang

    Tuesday, March 18, 2008

    Senarai penuh anggota Kabinet Malaysia

    Perdana Menteri:
    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    Timbalan Perdana Menteri:
    Datuk Seri Najib Tun Razak

    Kementerian di Jabatan Perdana Menteri
    Menteri:Tan Sri Bernard Dompok,Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Datuk Amirsham Abdul Aziz
    Timbalan Menteri:Datuk Johari Baharom, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk K Devamany, Datuk Hassan Malik

    Kementerian Kewangan
    Menteri:Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
    Menteri Kewangan Kedua:Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
    Timbalan Menteri:Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Kong Cho Ha

    Kementerian Pertahanan
    Menteri:Datuk Seri Najib Tun Razak
    Timbalan Menteri:Datuk Wira Abu Seman Yusof

    Kementerian Dalam Negeri
    Menteri:Datuk Seri Syed Hamid Albar
    Timbalan Menteri:Datuk Chor Chee Heong, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Menteri:Datuk Ong Ka Chuan
    Timbalan Menteri:Datuk Robert Lau, Datuk Hamzah Zainuddin

    Kementerian Kerja Raya
    Menteri:Datuk Mohd Zin Mohamad
    Timbalan Menteri:Datuk Yong Khoon Seng

    Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
    Menteri:Datuk Shaziman Abu Mansor
    Timbalan Menteri:Datuk Joseph Salang Gandum

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    Menteri:Datuk Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri:Datin Paduka Rohani Abdul Karim

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Menteri:Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Timbalan Menteri:Loh Wei Keong, Datuk Jacob Dungau Sagan

    Kementerian Luar
    Menteri:Datuk Seri Dr Rais Yatim
    Timbalan Menteri:Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

    Kementerian Pelajaran
    Menteri:Datuk Seri Hishammuddin Hussein
    Timbalan Menteri:Datuk Wee Ka Siong, Datuk Razali Ismail

    Kementerian Pengajian Tinggi
    Menteri:Datuk Khaled Nordin
    Timbalan Menteri:Khoo Kok Choong, Datuk Idris Harun

    Kementerian Pengangkutan
    Menteri:Datuk Ong Tee Keat
    Timbalan Menteri:Anifah Aman

    Kementerian Sumber Manusia
    Menteri:Datuk S Subramaniam
    Timbalan Menteri:Datuk Noraini Ahmad

    Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
    Menteri:Datuk Dr Ng Yen Yen
    Timbalan Menteri:Noriah Kasnon

    Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
    Menteri:Datuk Shafie Apdal
    Timbalan Menteri:Datuk Teng Boon Soon

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
    Menteri:Datuk Dr Maximus Ongkili
    Timbalan Menteri:Fadilah Yusof

    Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    Menteri:Datuk Noh Omar
    Timbalan Menteri:Datuk Saiffuddin Abdullah

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Menteri:Datuk Douglas Unggah Embas
    Timbalan Menteri:Datuk Abu Ghapur Salleh

    Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
    Menteri:Tan Sri Muhammad Muhd Taib
    Timbalan Menteri:Tan Sri Joseph Kurup

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    Menteri:Datuk Shahrir Samad
    Timbalan Menteri:Jelaing Mersat

    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Menteri:Datuk Peter Chin Fah Kui
    Timbalan Menteri:Senator A Kohilan

    Kementerian Belia dan Sukan
    Menteri:Datuk Ismail Sabri Yaacob
    Timbalan Menteri:Wee Jack Seng

    Kementerian Kesihatan
    Menteri:Datuk Liow Tiong Lai
    Timbalan Menteri:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

    Kementerian Penerangan
    Menteri:Datuk Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan Menteri:Datuk Tan Lian Hoe

    Kementerian Pelancongan
    Menteri:Datuk Azalina Othman Said
    Timbalan Menteri:Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib

    Kementerian Wilayah Persekutuan
    Menteri:Datuk Zulhasnan Rafique
    Timbalan Menteri:M Saravanan

    Ramai menteri gugur

    Yang digugurkan dalam Kabinet kali ini adalah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Tengku Adnan Mansur dan Datuk Jamaludin Jarjis.

    Menteri baru

    Menteri baru adalah Datuk Amir Sham Aziz, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Zahid Hamidi, Ahmad Shabery Cheek, Ismail Sabri Yaakub, Datuk Shahril Samad, Datuk Noh Omar, Datuk Zain Mohamed dan Datuk Mohamad Haji Mohd Taib.

    Petikan dari : Siasah dan disini

    Monday, March 17, 2008

    UMNO dan BN perlu 'dirawat'

    Oleh : ALNORULHADI BIN AB HAMID

    Kota Bharu
    17-03-2008 01:04:26 PM

    SAYA melihat pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini umpama tsunami yang begitu hebat melanda tanpa mengira sesiapa sehinggakan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri tersungkur.

    Pakatan pembangkang yang dikenali barisan alternatif telah berjaya menguasai lima buah negeri disamping berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen. Keputusan pilihanraya kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah negara.

    Keputusan ini juga adalah isyarat jelas kemarahan rakyat kepada kerajaan BN sehingga calon bidan terjun parti pembangkang khususnya PKR berjaya memenangi. Isyarat kemarahan rakyat ini yang agak menghairankan kerana ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum Melayu, India dan Cina.

    Jika pilihanraya pada 1999 BN kehilangan dua buah negeri, tetapi isyarat kemarahan rakyat hanya ditunjukkan oleh kaum Melayu ketika itu. Walaubagaimanapun BN masih menguasai majoriti 2/3 di parlimen.

    Saya melihat tidak mustahil UMNO dan BN akan kehilangan kuasa pada pilihanraya ke-13 nanti, jika tiada perubahan yang berani dan drastik dilakukan. Rakyat tidak mahu lagi perubahan hanya bersifat luaran atau kosmetik.

    Maka janganlah menangis dan menyesal jika BN kehilangan kuasa nanti. Saya ingin memfokuskan kepada UMNO kerana parti ini adalah tulang belakang kepada BN untuk dirawat dan dibuat perubahan yang drastik dan berani.

    Saya menyokong beberapa kenyataan pimpinan UMNO untuk memantapkan institusi parti. Maka ahli-ahli UMNO lah yang bertanggungjawab untuk menetukan masa depan parti itu.
    Jika tersilap langkah tidak mustahil UMNO akan menjadi parti yang tidak relevan di masa akan datang. Secara peribadi UMNO masih mempunyai banyak ruang dan waktu untuk memperbaiki dan memperkasakannya.

    Individu tidak penting tetapi parti dan negara yang penting. Manakah yang lebih penting individu dikorbankan atau parti dan negara terkorban? UMNO juga perlu rasional dan bersikap terbuka di atas apa sahaja cadangan pemulihannya.

    Janganlah mengulangi kesilapan dengan menghukum mereka yang memberi cadangan yang tidak sependapat dengan pucuk pimpinan. Umpamanya mengggantung keahlian atau memecatnya. Ini boleh melemahkan dan mengkucar-kacirkan parti.

    Jika ada ahli yang ikhlas menegur dengan cara yang baik, maka rasionallah jangan cepat melatah dan masih mahu menunjukkan kuasa untuk mengambil tindakan. Mana-mana ahli yang menjadi liabiliti kepada parti dan membawa persepsi negatif perlulah direhatkan buat sementara waktu seperti tidak melantik ke jawatan kabinet atau kerajaan.

    Ini boleh meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga dengan mereka yang kalah.
    Dasar-dasar kerajaan juga perlu dilihat dan dikaji semula dimana biarlah projek-projek pembangunan dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi.

    Rakyat pada hari ini makin cerdik dan matang. Mereka tidak mahu lagi menu dan resepi sahaja, tetapi mereka mahukan juadahnya. Mereka tidak mahu slogan semata-mata, tetapi isi kepada slogan itu yang lebih penting.

    Saya percaya kerajaan BN akan melihat perkara ini. Selain itu, pengagihan kekayaan juga perlu dirasai oleh semua tanpa terpinggirnya mana-mana kaum. Bangunkan masyarakat bumiputera yang masih ketinggalan terutama di luar-luar bandar dan di pedalaman.

    Isu harga minyak dan kenaikan barang juga perlu diselesaikan segera. Dasar pengurangan subsidi jelas tidak diterima oleh rakyat, maka sewajarnya kerajaan mengekalkan dasar pemberian subsidi, disamping mencari sumber-sumber lain untuk menampung ekonomi negara.

    Saya percaya rakyat menerima kenaikan harga minyak tetapi cuba meminimumkan kenaikannya supaya rakyat tidak merasainya secara mendadak. Projek-projek pembangunan yang menguntungkan rakyat janganlah ditangguh dan diteruskan.

    Umpamanya projek landasan berkembar elektrik daripada Ipoh-Pdg Besar dan Seremban-Johor Bahru. Projek-projek yang menimbulkan kontoversi perlu dibatalkan atau dikaji semula seperti projek keretapi laju KL-Singapura.

    Koridor-koridor ekonomi yang telah dirancang juga perlulah diteruskan tetapi dibuat penambahbaikan supaya rakyat mendapat manfaat secara langsung. Koridor WPI di johor juga perlu dibuat pembetulan jika mengundangkan beberapa kontroversi.

    Umpamanya, kerajaan membatalkan penubuhan jawatankuasa peringkat menteri Malaysia dan Singapura dalam projek WPI. Ini boleh meredakan kemarahan rakyat dan persepsi buruk kepada kerajaan.

    UMNO perlu kembali kepada landasan yang betul. Janganlah pemimpin UMNO dilihat berjuang kerana untuk mengaut kekayaan dan kuasa. Sehinggakan rakyat melihat pemimpin UMNO sebagai tidak cekap, rasuah, kronisme dan nepotisme.

    Berjuanglah kerana agama, bangsa dan negara. Biro agama UMNO perlulah aktif memainkan peranan. Jalankanlah program-progaram agama dan usrah kepada ahli dan pemimpin UMNO supaya mereka yang tersasar akan kembali kepada matlamat asal perjuangan.

    Letakkanlah Al-quran dan as-sunnah sebagai teras perjuangan kerana saya percaya perjuangan UMNO akan terus relevan bila berpegang kepada dua perkara tersebut.
    Rakyat sedang memerhatikan setiap perubahan yang akan dibuat oleh kerajaan BN sekarang.

    Gunakanlah peluang yang ada untuk memperbetulkan keadaan. Ambillah pandangan nasihat daripada bekas-bekas pemimpin dan veteran UMNO. Jangalah pinggirkan dan berlagak sombong kepada bekas pemimpin. Kerana pengaruh mereka masih kuat di peringkat akar umbi.

    Pihak media juga perlulah menggambarkan keadaan yang sebenar. Janganlah mengulangi kesilapan sehinggakan menggambarkan perkara yang salah kepada pemimpin. Sebab sokongan kepada seseorang pemimpin itu perlu datang dari peringkat akar umbi bukan dari pemimpin-pemimpin yang kaki bodek dan pengecut, yang takut hilang jawatan!

    Mohammad Nizar angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak

    Laporan BERNAMA
    17-03-2008 12:39:17 PM

    KUALA KANGSAR: Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

    Pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi Isnin di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

    Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat perlantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

    Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

    Mohammad Nizar mengangkat sumpah pada hari yang juga merupakan hari lahir beliau, selepas majlis itu terpaksa ditangguhkan pada Khamis lepas kerana DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
    Turut hadir pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang dan Pengerusi PKR Perak Zulkifli Ibrahim.

    Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.

    Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.

    Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, PKR dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketigatiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.

    Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

    Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

    Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

    Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

    Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACs) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACs) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A Level dan ijazah di England.

    Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

    Sunday, March 16, 2008

    Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur

    16/03/08

    Perlantikan orang kuat Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis menimbulkan tanda tanya tentang siapa yang berkuasa dalam UMNO? Shahidan telah dipersetujui sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya sebagai Menteri Besar Perlis. Pak Lah sudah mengeluarkan watikah. Mengapa boleh berubah?

    Semua orang perlis tahu Md Isa Sabu adalah hulubalang setia Radzi. Kata pemimpin UMNO Perlis, kalau toreh tangan Md Isa ini, darah yang keluar pun pasti akan tertulis radzi!radzi!radzi.

    Mungkin siapa yang berkuasa dalam UMNO ialah pertanyaan terbaik sekarang. Sudah lama kedengaran jika pentadbiran negara menjadi alat percaturan penasihat-penasihat bernama Khairy Jamluddin, Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Kamarulzaman (TV3), Datuk Annuar Zaini (Bernama) dan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul (NSTP); maka Radzi Sheikh Ahmad, Muhd Taib dan Bg. Jen (Bersara) Husaini menguasai UMNO.

    Mereka tidak dipilih secara demokratik oleh ahli parti. Berbeza zaman Tun Mahathir yang mana jawatan-jawatan lantikan hanya bertanggungjawab melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO, hari ini jawatan lantikan seperti Setiausaha Agung UMNO, Ketua Penerangan UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO sudah menjadi pencatur politik UMNO seluruh negara.

    UMNO sudah tenat kerana hak demokrasi ahli tidak diiktiraf oleh Pak Lah. Ketua Bahagian dibuang sesuka hati (Ibrahim Ali), digantung tidak bertali ahli MT (Zaid Ibrahim), dihina secara terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO (Shahidan Kassim) dan ada ahli MT (Khir Toyo) diserang bertubi-tubi oleh media massa (kerana dilihat bakal menjadi ancaman kepada kerjaya politik Khairy) sehingga tumbang negerinya.

    Setelah kalah banyak dalam pilihan raya, hilang majoriti dua pertiga, gagal mengawal politiking dalam parti akibat pegawai yang dilantik oleh beliau sendiri, tertangguhnya perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, keputusan flip flop dalam perlantikan Menteri Besar Perlis; masih layakkah Pak Lah menjadi pemimpin UMNO?

    Mahukah kita tunggu UMNO kalah secara pukulan KO baru mahu menukar Abdullah? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin tidak menghormati keputrusan akar umbi dan ahli? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin sewenang-wenangnya memecah belahkan parti, menghina pemimpin terdahulu? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika dasar, polisi dan peribadi beliau sudah ditolak oleh akar umbi dan rakyat Malaysia?

    Apakah kita mahu menunggu sehingga rakyat menolak UMNO dan BN secara total sebelum melakukan perubahan?

    Menyokong Datuk Seri Shahidan Kassim
    Cukuplah Pak Lah! Penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Isa Samad, Datuk Zaid Ibrahim, dan terbaru Datuk Seri Shahidan Kassim. Tidak lama lagi mungkin Datuk Seri Idris JUsoh pula.
    Cukuplah! Ketika laman ini mendedahkan betapa UMNO sedang diancam oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan "coup de tat." Pak Lah terus memecah belahkan UMNO dengan politiking belakang tabir oleh beliau, Khairy dan Radzi.

    Cukuplah ahli UMNO semua. Terimalah hakikat bahawa keadaan sudah genting dan Pak Lah tidak menunjukkan tanda untuk berubah atau mengukuhkan parti. Sebaliknya ia hanya membenarkan parti terus menjadi huru hara, DEB diperlekehkan dan parti komponen kehilangan kerusi.

    Perlakuan Pak Lah dan Radzi Sheikh Ahmad (kedua-duanya punca antara punca UMNO diharamkan pada 1988) terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim adalah satu penghinaan kepada Majlis Tertinggi UMNO, UMNO Perlis dan ahli UMNO sendiri.

    Disalin dari : MYKMU

    Wednesday, March 5, 2008

    Umno diLandasan Sesat Bersama Syaitan

    Hamidah Osman, calun BN DUN N.43 SUNGAI RAPAT yang ditentang oleh calun PAS Radzi Zainon mendakwa Umno berada di landasan yang betul.Hamidah telah menyibarkan dakyahnya dengan dakwaan tersebut.Tetapi, benarkah Umno berada di landasan yang betul seperti mana dakwaannya itu?

    Risalah yang disebarkan Hamidah dan konco-konconya tersebut mempertikaikan tentang manifesto PAS dan PKR yang memfokuskan projek kebajikan yang mahu dilaksanakan oleh PAS & PKR.

    Hamidah begitu celupar dan busuk mulutnya apabila dalam risalah tersebut mengungkap kata-kata berikut :

    Bolehkah landasan kebajikan dibina dengan dimodali kata nista, memfitnah Tuhan dan bekerjasama dengan syaitan? .

    Siapakah sebenarnya yang bekerjasama dengan syaitan? SPR - Syaitan Penipu Rakyat dilihat sebagai kuda tunggangan Umno yang banyak memihak kepada kepentingan Umno.Banyak bukti-bukti yang jelas terang-terangan Syetan ini adalah rakan sejati Islam Hadari.

    Lihat betapa tersasarnya Umno bilamana membenci PAS hingga sanggup menghina Islam seperti disini, agama yang mereka anuti sendiri.Kalau Tuhan pun mereka berani cerca dan dihina , apatah lagi kita sesama manusia.

    Lantaran itu mereka sanggup lakukan rasuah dan pelbagai maksiat yang apa saja yang terdapat didunia ini.Malah mereka adalah Bapa segala maksiat.

    Saturday, March 1, 2008

    Makkal Sakthi sokong PAS

    Kumutha Raman,29 tahun , lulusan undang-undang merupakan calun PAS pertama Bukan Islam bertanding di Dun Tiram menentang Datuk Maulizan Bujang. Beliau akan menggunakan lambing Parti Keadilan Rakyat symbol, berdasarkan persetujuan kedua parti PAS dan PKR.

    Samy Vellu dan MIC semakin gelabah dan menggunakan tektik menggertak pengundi India dengan mengedarkan risalah seperti ini.

    Terbukti masyarakat India / Hindu sudah tidak takut dengan Islam, bahkan menyokong pimpinan ulama.Lingkuplah Samy Vellu dan MIC nya

    Imam Hadhari suka berbohong

    Oleh alhusseyn

    Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ‘fatwa’ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon parti itu membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan sebagai sesuatu yang menghairankan, Abdullah berkata, Abdul Hadi telah mengajar orang melakukan perkara yang tidak betul.

    Abdullah, Imam Islam Hadhari Malaysia telah mengangkat kata-kata Presiden PAS itu sebagai ‘Fatwa’.Imam Hadari Abdullah menyibarkan fitnah di sini

    "Saya hairan kenapa presiden sebuah parti Islam membuat fatwa macam itu. Sebenarnya, ini adalah perbuatan ditegah agama kita, takkan dia tidak faham."

    "Jadi, nyata sekali walaupun dia memimpin sebuah parti Islam tetapi dia mengajar orang apa yang tidak betul dan tidak elok. Dulu dia buat macam-macam fatwa. Dia rajin keluar fatwa," kata Abdullah, yang dikenali sebagai pembohong disinidan kalau anda rajin,taip "Abdullah Bohong" di google search, anda akan dapat banyak maklumat disitu tentang tabiat Abdullah dimana testimoni dari bekas Bossnya sendiri Tun Dr Mahathir berkata:

    “Abdullah always makes statements which are actually lies, he had developed a habit of lying after becoming friendly with the leaders of Britain, the United States and Australia.”

    Terjemahannya:

    “ Abdullah selalu membuat kenyataan yang sebenarnya pembohongan , dia telah memupupuk tabiat berbohong sejak lepas berbaik-baik dengan pemimpin Britain , Amerika dan Australia.”

    Kita telah baca komentar Imam Hadari diatas ; jom kita jengok pula pandangan ulama lain dan buat perbandingan . Islam melarang membunuh tanpa sebab ; tetapi dibolehkan dalam keadaan tertentu seperti dalam peperangan dan sebagainya.Apakah Islam tidak membenarkan mengumpat ? Mari kita meninjau pandangan mereka yang diiktiraf sebagai ilmuan Islam dan ulama seperti berikut:

  • Menteri Besar Kelantan Tn Guru Nik Aziz berkata, sebagai seorang yang alim, Abdul Hadi tentu tahu apa yang dikatakannya.

    "Memang saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi) itu... dalam mencari kebenaran dan memilih pemimpin, kita terpaksa mengumpat. Lihat sterusnya disini

  • AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan Islam membenarkan perkara tersebut dilakukan supaya rakyat yang teraniaya tidak terus dizalimi.


    “Tindakan memberitahu keburukan orang lain atau pihak yang berkuasa itu boleh dan dibenarkan dalam Islam. Begitu juga menyatakan keburukan untuk memberi nasihat kepada seorang perempuan yang mahu berkahwin dan kita tahu lelaki tersebut tidak baik, kita mesti mendedahkan keburukan lelaki itu kepada perempuan tersebut," kata nya disini

  • Dr. Haron Din menegaskan Islam membenarkan kempen mendedahkan keburukan calon parti lawan bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah berwibawa. -harakah-

    Imam Hadari Abdullah yang kononnya tidak suka buat fitnah dan mengata orang pernah membuat kenyataan di Berita Harian 11 Ogos 2006 bertajuk :

    "Pak Lah tak layan sikap macam iblis"?

    Kenyataan Abdullah itu ditujukan kepada bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengulas kenyatan Abdullah itu menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggilnya (Dr Mahathir -dirinya) beruk dan iblis.

    "Itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru," kata Dr Mahathir.


    Menuduh orang lain iblis bukan maki hamun? Bukan mengata orang? Dan pernahkah kita semua mendengar Abdullah memuji mana-mana pemimpin PAS? Mengumpat pemimpin PAS merupakan zikir harian Abdullah.
  • Thursday, February 28, 2008

    SiKitol anak luar nikah?

    Oleh : AlHusseyn

    Mulutnya turut dikatakan celupar kerana mencabar mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir supaya segera meletak jawatan semasa pertemuan dengan pelajar-pelajar di Kota London satu ketika dahulu. Dan terbaru secara angkuh Si Kitol @ Khairy Jamaluddin @ menantu Perdana Menteri ini dengan lagak bodoh sombongnya mendabik dada bahawa kehadirannya adalah untuk menghapuskan parti pembangkang.

    Hasrat mahu menghapuskan itu apakah ia bermakna semua pemimpin dari parti pembangkang bakal dipasung serta penjarakan, atau dibunuh olehnya tidak diketahui maksud sebenar. Lebih menarik lagi mungkinkah ia turut membawa pengertian siapa sahaja menentang Abdullah Ahmad Badawi pasti bakal dihapuskan olehnya termasuklah Dato’ Seri Najib serta para pengikutnya.

    Apa yang jelas kini melalui percaturannya beberapa orang kanan Dato’ Seri Mohd Najib sudahpun tergolek sebelum masuk gelangang kerana dicicirkan dari senarai calon pilihanraya termasuk Ishak Ismail di Seremban, Datuk Zahidi di Padang Besar Perlis, Datuk Malek di Taiping Perak, Datuk Mahadir Khir di Kedah, Datuk Rahman Bakar di Trengganu, Datuk Zaid Ibrahim di Kelantan, Datuk Saleh di Sabah dan ramai lagi yang dirasakan sebagai musuh politiknya atau sebagai pembangkang.

    Hebat, cukup hebat menantu Perdana Menteri yang memakai nama tanpa Bin di mana mengikut lazimnya dalam masyarakat Melayu anak tanpa bapa adalah anak luar nikah,. Anak sundalpun diletakan namanya berbinkan Abdullah, namun Si Kitol abad ini hanya meletakkan namanya sebagai Khairy Jamaluddin tanpa Bin.

    Baca seterusnya disini

    Monday, February 25, 2008

    Gerak Gempar PAS Sungai Rokam bersama Pekan Razaki di Ipoh

    Sehari sebelum penamaan calun PRU ke-12, PAS Sungai Rokam telah melakukan gerak gempur di persekitaran wilayahnya. Lihat gambar-gambar berikut:

    Sedang melakar simbol PAS - Saudara Zainal dan anak penyokong PAS tempatan.

    Nah! setelah siap !- 'tanda batu' PAS yang terbaru, terpampang indah disimpang masuk ke Sungai Rokam , bertentangan dengan Kompleks perniagaan Medan Gopeng, Ipoh

    Papan tanda yang pernah dicabut oleh DBI kini terpasang semula ditempat yang lebih selamat!

    Baner / kain rentang yang dihadiahkan oleh bekas penyokong-penyokong Umno!

    PAS 'tawan' persimpangan masuk Sungai Rokam!

    Papan tanda terbaru menyambut ketibaan masuk ke Sungai Rokam

    Pejabat PAS - UPU Sungai Rokam dan Pekan Razaki bersatu tenaga dari sini

    Saudara Zam yang kurang upaya pun turut menyumbangkan tenaganya...alhamdulillah!

    Ini adalah salah seorang tenaga yang turut membantu gerak gempur PAS.Siapa dia? Dia merupakan pemuda Umno Sungai Rokam.Update seterusnya akan menceritakan hal mereka nanti>