Tuesday, February 19, 2008

Gerak Gempur di Kawasan Gopeng telah bermula!

PAS Sungai Rokam dan PAS Pekan Razaki Ipoh telah berjaya mengadakan program ceramah perdana baru-baru uni bertempat di padang permainan Pekan Razaki, Ipoh.Program tersebut merupakan gerak gempur PAS bersama PKR bagi Dun Sungai Rapat dan kawasan Parlimen Gopeng, Perak.

Penceramah jemputan pada malam tersebut bukan sahaja terdiri dari peringkat nasional sepeti Mat Sabu dan Saifuddin Nasution, tetapi turut memperkenalkan bakal-bakal calun PAS, Radzi Zainon(DUN 43 Sungai Rapat)dan calun PKR, Doktor Lim Boon Chye (071-Parlimen Gopeng).

Kehadiran hampir 5 ribu orang telah memenuhi ruang padang permainan tersebut.Tempat ini pernah mencatatkan rekod kehadiran yang penuh sesak pada tahun pilihanraya ke-10 dengan hasil kutipan derma mencecah RM23 ribu pada tahun 1999.

No comments: