Tuesday, February 12, 2008

Abdullah tidak layak bertanding

Dari Malaysia Today Selasa, 12 February 2008

Bolehkah SPR mengistiharkan mereka ini terlibat dengan gejala rasuah politik? Berapa ramaikah anggota unit pemantau pilihanraya yang disedaikan oleh SPR sebagai perisik dan pemantau kepada kegiatan rasuah politik ini?

KAMAL AMIR MENULIS

DI SAAT-SAAT menjelang pilihanraya umum ke 12 yang bakal diistiharkan oleh Abdullah Ahamd Badawi, terdapat dua berita paling menarik berhubung persoalan calon-calon yang bakal bertanding.

Berita pertama adalah kenyataan Setia Usaha Suruhanjaya pilihanraya Datuk Kamarulzaman Mohd Noor bekas salah seorang pengarah di Badan Pencegah Rasuah yang sering memperlihatkan sikap enggan untuk berkomproimi dalam sebarang percaturan rasuah.

Menurut Datuk Kamarulzaman, terdapat sejumlah empat puluh orang bekas calon-calon dalam musim pilihanraya 2004 lalu hilang kelayakan untuk bertanding kali ini kerana gagal mengemukakan laporan kewangan serta perbelanjaan pilihanraya. Lihat keratan akhbar The Star:

40 CAN’T VOTE OR CONTEST

A total of 40 candidates or their election agents who took part in the 2004 general election have been disqualified from voting and contesting in the coming elections because they did not submit their election expense statement.
Election Commission (EC) secretary Datuk Kamaruzaman Mohd Noor said these candidates and agents did not submit any form of statement within the stipulated 31 days after the results were gazetted.

“If they do not submit the statement, they have to face the consequences, even if they had won a seat in the past general election.

“In accordance with the provisions of the law, those affected cannot vote or stand for election within the next five years from the gazetting of the 2004 election results.”

Of the 40, 19 candidates and agents were from Parti Keadilan Rakyat (PKR), eight were independents, while five each were from PAS and Setia.

According to Section 23 of the Election Offences Act, contesting candidates are required to submit a statement of their election expenditure.

The Act also states that candidates or their agents cannot spend more than RM200,000 for MPs and RM100,000 for state assemblymen.


Kamaruzaman said 25 of the 449 candidates who contested for parliamentary seats in 2004 lost their election deposit because they did not get one-eighth of the total votes cast.

Twelve candidates who withdrew their candidature got their election deposits forfeited, according to the 2004 General Election Report published by the EC.

PKR information chief Tian Chua said most of the 19 were from Sabah and rural areas, and that the party's elected MP and those who contested in the urban areas had filed their expense statement.

“Candidates and their agents should be responsible and file their expense statement.
“I don’t think those who did not file their returns will stand in the coming elections,” he said.

PAS secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar said he was not aware of the matter.
“If there are genuine candidates who had failed to submit their election expense reports, then we accept the decision,” he said. - The Star


Saya cukup tertarik dengan kenyataan tersebut kerana suruhanjaya pilihanraya berusaha sedaya mungkin mahu mengamalkan sistem pemilihan yang benar-benar memenuhi kehendak piawan antarabangsa. Semuga badan tersebut benar-benar telus serta tidak lagi bersedia untuk bersikap “kong kalikong” dengan mana-mana pihak biarpun dirinya seorang penguasa bertaraf Perdana Menteri.

Dalam konteks ini kita juga ingin bertanya apakah status Abdullah Ahmad Badawi kerana pada musim lalu terdapat cakap-cakap bahawa beliau sebenarnya hilang kelayakan sebagai calon kerana tidak mengemukakan laporan kewangan dan perbelanjaan semasa menyertai musim pilihanraya umum 1999.
Kenapa SPR tidak menolak kertas pencalonannya? Dan seandainya benar Abdullah gagal mengemukakan laporan tersebut bererti dia telahpun melakukan kesalahan pada musim pilihanraya lalu dan dengan sendirinya untuk kali ini seharusnya dia hilang kelayakan untuk bertanding.

Sekiranya SPR benar-benar mahu memperlihatkan wibawanya sebagai badan yang bebas, bersih serta telus, persoalan Abdullah Ahmad Badawi sebagai calon harus dinyatakan kedudukannya agar rakyat dapat melihat wibawa SPR benar-benar dipertahankan serta tidak sekadar dijadikan boneka oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam konteks yang sama SPR turut mengumumkan bahawa setiap calon hanya dibenarkan menggunakan sejumlah RM 200,000 sebagai belanja pilihanraya bagi kerusi Parlimen sementara RM 100,000 pula diperuntukkan bagi calon Dewan Undangan Negeri.

Apakah bentuk perbelanjaan yang diizinkan oleh perlembagaan? Bagaimana jika calon-calon yang berjawatan Menteri dan Menteri Besar mahupun Timbalan Menteri mengumumkan pelbagai bentuk imbuhan dan kelulusan projek? Lihat sahaja bagaimana Abdullah mengumumkan sejumlah lebih 100 billion ringgit yang bakal dicurahkan ke Sarawak dengan berselindung disebalik Koridor Pembangunan Sarawak (Score) dan beberapa negeri lain.

Seperti kelazimannya Samy Vellu akan segera pula mengumumkan pelbagai bentuk kelulusan projek pembangunan, apakah ianya diiziankan oleh SPR? Tidak terkecuali hampir keseluruhan jentera pilihanraya Barisan Nasional begitu mewah berbelanja yang pastinya menelan lebih satu juta ringgit bagi setiap kawasan Parlimen. Mampukah SPR membatalkan kemenangan mereka kelak jika terbukti calon-calon mengeluarkan pelbagai bentuk imbuhan?

Contoh terbaik apabila setiap pengundi dihadiahkan dengan basikal, kain bati dan pulicat, wang sejumlah dua ratus ringgit, pemberian topi dan baju T, kenderaan serta peralatan computer disetiap kawasan membuang undi, di mana jika dihitung jumlahnya untuk setiap calon tidak kurang dari satu juta ringgit bakal dihabiskan.

Bolehkah SPR mengistiharkan mereka ini terlibat dengan gejala rasuah politik? Berapa ramaikah anggota unit pemantau pilihanraya yang disedaikan oleh SPR sebagai perisik dan pemantau kepada kegiatan rasuah politik ini?

Sesungguhnya kita amat mengalukan kenyataan Datuk Kamarulzaman selaku Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya yang mempunyai latar belakang dan intergeriti hebat memerangi rasuah. Namun mampukah beliau mengotakan setiap kenyataan tersebut?
Berbalik kepada persoalan Abdullah Ahmad Badawi, musim pilihanraya dahulu beliau dikatakan hilang kelayakan dan untuk kali ini seharusnya ia mesti dipinggirkan dari bertanding jika terbukti melakukan kesalahan kerana masih mahu menjadi calon sedangkan diwaktu yang sama kelayakannya sudah hilang.

Disamping itu seharusnya rakyat dan para pengundi di Kepala Batas menginsafi serta menyedari hakikat wibawa Abdullah sebagai pemimpin seharusnya wajar dan amat wajar ditolak kerana selain dari melakukan kesalahan dimusim pilihanraya lalu (jika SPR benar-benar telus), dia juga gagal mengotakan janjinya.

Seharusnya rakyat di Kepala Batas berani membuat keputusan untuk menolak mana-mana calon yang terbukti bersikap “munafik” serta lebih banyak berdolak dalik disamping terlalu kuat melakukan pembohongan.

No comments: