Tuesday, February 12, 2008

70 Dalil Pak Lah patut beLAH !

OLEH AHLI UMNO KEDAH

Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”. Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’. Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara.

70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari negeri Kedah. 70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara.

1. Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.

2. Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokong
syarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.

3. Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat
orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.

4. Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat
yang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.

5. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu
Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.

6. Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak - sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.

7. Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya. Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara. Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya. Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh berubah-ubah.

8. Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.

9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.

10. ‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi negara.Jentera Kerajaan hilang kawalan.

Dalil berikutnya sila di sini

No comments: